Suruhanjaya Reformasi Kesihatan yang dicadangkan perlu turut dianggotai pakar atau profesional pelbagai bidang dan bukan sahaja terhad kepada perubatan.
Dalam masa sama, jelas Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Universiti Malaysia Sabah, Prof Madya Dr Shamsul Bahari Shamsudin, operasi suruhanjaya perlu jelas, bebas dan telus dalam memberikan pandangan serta cadangan kepada mana-mana pihak berkepentingan.